/ Infomasi Perbadanan

Perbadanan Bandar Baru Tunjong (PBBT) merupakan Badan Berkanun Kerajaan Negeri Kelantan yang dipertanggungjawabkan dengan fungsi sebagai pihak berkuasa induk dan utama yang mengawal dan menyelaras hal ehwal Pembangunan Wilayah Bandar Baru Tunjong. Fungsi kuasa dan kewajipan Perbadanan Bandar Baru Tunjong adalah termaktub di bawah Enakmen Perbadanan Bandar Baru Tunjong 2006 yang dululuskan oleh Persidangan Dewan Undangan Negeri pada 20 dan 21 Februari, 2006 yang lalu.
Visi
Menjadikan Bandar Baru Tunjong suatu pusat pertumbuhan komersial dan bandar baru yang maju, kondusif, selesa sejajar pembangunan berkonsepkan perseimbangan pembangunan rohani dan fizikal selaras motto Negeri "Membangun Bersama Islam"; "Kelantan Menerajui Perubahan".
Misi
Bertanggungjawab dan berperanan melaksanakan segala fungsi, kuasa dan kewajipan bagi membangunkan dan memajukan Bandar Baru Tunjong dengan fokus memajukan, menggalakkan, memudahkan dan mengusahakan pembangunan ekonomi, sosial, komersial, infrastruktur, tempat tinggal berteraskan prinsip-prinsip Islam dan teknologi hijau.
Strategi Pembangunan
  • Menggalakkan penyertaan secara aktif sektor swasta melabur modal dalam pembangunan hartanah di dalam Bandar Baru Tunjong.
  • PBBT bertindak sebagai agensi penyelaras, pemantau dan perunding cara antara pelabur dan agensi-agensi berkaitan pembangunan di Bandar Baru Tunjong.
  • Halatuju jangka panjang membantu menjayakan Pelan Induk Pembangunan Bandar Kota Bharu 2020 dan perancangan kerajaan untuk menaiktaraf MPKB-BRI dinaiktaraf sebagai Majlis Bandaraya menjelang 2025.